PKPD di asrama pekerja Top Glove

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove, Klang, Selangor bermula esok sehingga 30 November depan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ianya membabitkan kawasan asrama pekerja lelaki serta Jalan Abadi 1A/KU8 dan asrama pekerja wanita serta Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

“Seramai 13,190 orang pekerja dan hampir 1,200 orang penduduk terlibat dalam kawasan tersebut.

Pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan bersasar kepada pekerja dan penduduk terlibat,”katanya menerusi satu sidang akhbar Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Tambahnya, sehingga semalam jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan kawasan tersebut sebanyak 215 kes. – K! ONLINE

Pekerja Top Glove Klang ‘ketakutan’ wabak Covid-19 di kilang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker