Senarai jalan ditutup di KL Sabtu, Ahad ini

Senarai jalan ditutup di KL Sabtu, Ahad ini

Warga kota perlu merancang perjalanan berikutan penutupan 29 laluan sekitar ibu negara sempena dua acara antarabangsa pada Sabtu dan Ahad ini.

Dua acara berkenaan ialah Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 yang dijangka disertai 25,000 peserta dan Le Tour De Langkawi (LTdl) yang akan berakhir di KLCC pada Ahad.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata, laluan terbabit akan ditutup bermula jam 12 tengah malam sehingga 11 pagi.

“Bagi KLSCM 2023 pada 30 September, 12 jalan akan ditutup melibatkan Jalan Raja Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang arah pusat bandar dan Jalan P Ramlee

“Selain itu, Jalan Kuching menuju bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen kedua-dua arah, Jalan Kinabalu menuju bulatan Dato Onn, Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah dan bulatan Hishamuddin ke Jalan Raja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada Sabtu, sembilan laluan akan ditutup sempena LTdl iaitu dari Jalan Jelatek ke Jalan Ampang menuju pusat bandar dan ke arah Jalan Kampung Pandan serta laluan ke arah pusat bandar Ampang.



Katanya, pada Ahad, 29 laluan akan ditutup, antaranya Jalan Raja Dataran Merdeka, bulatan Dato Onn ke Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) ke Jalan Tun Perak, Jalan Tun Perak ke bulatan Dato Onn, Jalan TAR dan dari Chow Kit ke Dataran Merdeka.

“Turut ditutup, Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dari arah utara dan selatan, Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Sentul ke Jalan TAR – Jalan TAR dari Bulatan Pahang – Jalan Raja Muda Abdul Aziz, dan dari Chow Kit ke persimpangan Jalan Raja Abdullah.

“Selain itu, Jalan Raja Abdullah kedua-dua hala sehingga ke sepanjang Jalan Sultan Ismail, Jalan P Ramlee ke Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang dari arah Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang,” katanya. BH

Senarai jalan ditutup di KL Sabtu, Ahad ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ



GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker