Hari Pahlawan: YDP Agong Dan Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, PDRM
Hari Pahlawan: YDP Agong Dan Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, PDRM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Pahlawan.
Dalam muat naik di akaun Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menghargai pengorbanan dicurahkan mereka tanpa mengira masa dan penat lelah terutama mereka yang menjadi barisan hadapan membantu memerangi penularan wabak COVID-19.
Selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM, Yang di-Pertuan Agong menyanjung tinggi atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta.
Jerit perih para pejuang tanah air ketika dahulu dan masa kini adalah demi negara yang berdaulat.
Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.
Sambutan Hari Pahlawan disambut setiap 31 Julai bagi mengenang peranan dan jasa-jasa anggota pasukan keselamatan dalam menegakkan keselamatan dan keamaman serta mempertahankan maruah negara daripada ancaman dalam dan luar.
Hari Pahlawan: YDP Agong Dan Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, PDRM
Baca Artikel Menarik :
- Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat – Prof Shamrahayu
- Permansuhan Darurat. Kuasa siapa ? [Video]
- Sumbat belut dalam anu mahu ubati sembelit
- Tiara lepas ‘gian’ selepas 17 tahun tidak berlakon
- Fara Fauzana kembali ke Hot FM
- Resepi mushroom soup garlic bread memukau
Layari Laman Facebook MYKMU