Wanita terlelap, kereta terjunam masuk sungai
Wanita terlelap, kereta terjunam masuk sungai
Seorang wanita dipercayai terlelap ketika memandu sebelum kenderaannya terjunam ke dalam sungai, dalam kejadian di Kilometer 61, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di Kota Tinggi, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nurul Ain Shamyra Shariff, 22, memandu kereta Proton Persona secara bersendirian dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora, mangsa dipercayai terlelap sebelum kereta dipandunya terjunam dan terbalik di dalam sungai.
“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa mengalami kesakitan pada bahagian leher manakala keretanya rosak dan remuk di bahagian bumbung,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Mohd Rafi Mohd Nor pula berkata 11 anggota bomba dikejarkan ke lokasi untuk membantu mangsa sebaik pihaknya menerima laporan kejadian pada 7.37 pagi.
Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta dengan bantuan orang ramai manakala kenderaannya pula dikeluarkan bomba menggunakan pengusung dan tali.
“Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Pasar Borong Song Seng. Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 8.18 pagi,” katanya.
Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Air Tawar 2 sebelum dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Wanita terlelap, kereta terjunam masuk sungai
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid
You must be logged in to post a comment.