Wanita disamun, ditumbuk bertubi-tubi

Wanita disamun, ditumbuk bertubi-tubi

Kuala Lumpur: Wanita cedera selepas ditumbuk bertubi-tubi oleh penjenayah yang menyamunnya di hadapan lif pangsapuri di Jalan Metro Perdana, Kepong, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa, 28, pada 2.32 pagi semalam.



“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku 12.45 tengah malam semasa pengadu sedang berjalan keluar dari lif.

“Namun, secara tiba-tiba seorang lelaki yang sudah menunggu di hadapan pintu lif menekup muka dan menarik pengadu sehingga ke tepi tangga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, suspek terus menumbuk muka mangsa bertubi-tubi sehingga menyebabkan pendarahan pada hidung dan bengkak di bahagian muka.

“Suspek kemudian menekup mulut mangsa sehingga pengsan dan membawa lari wang tunai milik pengadu bernilai RM150.



“Selepas kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan dan Hospital Kuala Lumpur. Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kesan bengkak di bahagian muka dan pendarahan dalam kedua-dua belah mata,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 35 tahun yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu, 4 petang semalam.

“Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah dan hasil ujian saringan awal air kencing lelaki itu didapati negatif.

“Suspek direman selama lima hari bermula hari hingga 1 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.



Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222. HM

Wanita disamun, ditumbuk bertubi-tubi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker