Lelaki campak 3 ekor kucing dari tingkat 15 ditahan

Lelaki campak 3 ekor kucing dari tingkat 15 ditahan

Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mencampak tiga ekor kucing dari tingkat 15 di sebuah apartment di Jalan PJS 8/9, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 9.37 malam.



“Polis pergi ke lokasi tersebut dan berjaya menahan suspek lelaki tempatan yang juga penyewa di apartment tersebut.

“Pihak polis turut menemui tiga ekor kucing yang tidak bernyawa bersama suspek.

Menurutnya lagi, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dengan membuang kucing-kucing tersebut dari kediamannya dari tingkat 15.

“Suspek akan ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan,” katanya. K Online



Lelaki campak 3 ekor kucing dari tingkat 15 ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker