Hishammudin nyatakan BN, UMNO tetap sokong kerajaan sedia ada

Hishammudin nyatakan BN, UMNO tetap sokong kerajaan sedia ada. Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia, kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) berkata beliau senada dengan pendirian BN dan UMNO yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Kita dalam BN dan UMNO telah membuat pendirian dan diumumkan oleh TPM semalam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan Kerajaan Arab Saudi melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) untuk membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID-19 di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.

Semalam, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan berkata lebih 110 Ahli Parlimen masih menyokong kerajaan sedia ada.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara semalam.

Hishammudin nyatakan BN, UMNO tetap sokong kerajaan sedia ada

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Batal darurat tanpa restu Agong rosak imej, kredibiliti kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker