Zafrul maklumkan negara rugi RM1.1 bilion sehari dalam PKP 3.0

Zafrul maklumkan negara rugi RM1.1 bilion sehari dalam PKP3.0.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 baru-baru ini menyebabkan negara mengalami kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM1.1 bilion sehari.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu berbeza dengan kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari sewaktu PKP penuh pada Mac tahun lepas.



Justeru, katanya, beliau menjangkakan KDNK pada tahun 2021 mencatatkan pertumbuhan lebih rendah berbanding anggaran awal sebelum ini iaitu antara 6 hingga 7.5 peratus.

“Anggaran rasmi akan diumumkan pada bulan Ogos bersama laporan suku kedua KDNK nanti, di mana kesan PKP dan pelaksanaan PPN ke atas ekonomi pada separuh pertama tahun ini akan dapat dilihat sepenuhnya.

“Sudah tentu krisis ini juga memberi kesan kepada pasaran buruh kita. Walau bagaimana pun, kadar pengangguran telah menyederhana kepada 4.5 peratus pada Mei tahun ini berbanding 5.3 peratus setahun yang lepas, iaitu kadar tertinggi sejak tahun 1990,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan dalam Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis.



Tambah beliau, kebenaran untuk membuka sektor ekonomi secara bersasar dan bantuan daripada kerajaan berjaya, negara dapat mengelak daripada kadar pengangguran naik dengan mendadak dan lebih ramai lagi pekerja diberhentikan.

“Malah, sejak bulan Oktober yang lepas, tawaran untuk pekerja mahir telah mula meningkat hasil program-program kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti,” kata beliau.

Tambah Tengku Zafrul, pertambahan beberapa bantuan kerajaan yang diumumkan sebelum ini dijangka meningkatkan defisit fiskal antara 6.5 hingga 7.0 peratus kepada KDNK tahun ini.

“Saya ingin menekankan bahawa peningkatan ini bukanlah asing bagi negara kita. Berdasarkan data dari Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF, dalam memerangi wabak COVID-19, kebanyakan kerajaan di seluruh dunia telah memperuntukkan lebih daripada AS$16.5 trilion dalam bentuk perbelanjaan fiskal.



“Ini telah menyebabkan purata defisit keseluruhan kepada KDNK untuk tahun ini akan 22 mencecah 9.9 peratus bagi negara maju, 7.1 peratus bagi negara membangun dan 5.2 peratus bagi negara berpendapatan rendah.

“Oleh itu, purata nisbah hutang kepada KDNK dunia juga dijangka meningkat sehingga 98.8 peratus tahun ini,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker