Wanita Terkejut Vaksinator ‘Terlupa’ Tekan Picagari Untuk Vaksin
Wanita terkejut vaksinator ‘terlupa’ tekan picagari untuk Vaksin
Seorang wanita yang hadir untuk menerima vaksin di salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur terkejut selepas mendapati vaksinator tidak menekan picagari berisi dos vaksin yang disuntik kepadanya pada pagi Rabu.
Dia menyedari kejadian itu apabila melihat video rakaman yang dilakukannya semasa proses suntikan vaksin yang jelas menunjukkan picagari tersebut hanya dicucuk seketika sebelum ditarik keluar semula dengan keadaan vaksin masih berada dalam alat perubatan itu.
Wanita berkenaan terus mengadukan perkara tersebut kepada petugas dengan menunjukkan video itu dan difahamkan beliau telah menerima semula suntikan vaksin selepas itu.
“Saya sangat marah ketika itu, kemudian mereka berikan saya suntikan lagi,” katanya yang turut berkongsikan video tersebut di Instagram miliknya pada Rabu.
Pada 19 Julai lalu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan pihaknya telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan memanggil individu terbabit untuk memberikan penjelasan.
Sementara itu, wanita terbabit memaklumkan dia tidak mengetahui mengenai niat sebenar vaksinator tersebut dan menegaskan perkara itu akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).-SH
Wanita terkejut vaksinator ‘terlupa’ tekan picagari untuk Vaksin
Baca Artikel Menarik :
- Bekas ketua jabatan didakwa 20 pertuduhan rasuah [VIDEO]
- Sebab musang king, peniaga rugi RM414,939
- Dana politik: Kenapa perlu rahsia
- Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri, Enggan Berdepan Peserta Israel
- Kerusi Zahid masih diblok kerajaan, Speaker kata tiada permohonan tukar kedudukan
- Speaker jangan berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat
Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.