Varian Delta Plus Dikesan Di Indonesia

Varian Delta Plus Dikesan Di Indonesia

JAKARTA – Tiga kes Covid-19 baharu melibatkan varian baharu iaitu Delta Plus dilaporkan dikesan di dua daerah di Indonesia. lapor laman berita Suara.com semalam.

Menurut Pengarah Lembaga Biologi Molekul Ejikman, Profesor Amin Subandrio, tiga kes yang dikesan adalah di daerah Mamuju di Sulawesi Barat dan Jambi, Sumatera Tengah.

“Varian Delta Plus sebenarnya belum disahkan secara rasmi oleh mana-mana pertubuhan kesihatan namun mengikut nama saintifiknya iaitu varian AY.1, tiga kes di Indonesia sudah dilaporkan,” katanya.

Ia mempunyai mutasi berbeza berbanding dengan varian Delta atau B1617.2, iaitu pada protein K417N.

Mutasi yang sama itu turut ditemui dalam varian Beta (B1351) dan varian Gamma (P1).

Sementara itu, varian Delta Plus mempunyai gejala-gejala yang biasa dialami oleh pesakit Covid-19, antaranya batuk, cirit-birit, demam, sakit kepala, mual dan hilang selera makan.

Setakat ini, varian tersebut dilaporkan menular di Britain, Kanada, India, Jepun, Nepal, Poland, Portugal, Rusia, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat (AS).

Belum ada maklumat lanjut terutama dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sama ada varian tersebut lebih berisiko membawa maut berbanding varian Delta atau lain-lain. – AGENSI

Varian Delta Plus Dikesan Di Indonesia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Video upacara sembahyang di Bayan Lepas tular [VIDEO]

Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]

Empat ahli DAP P. Pinang didakwa pecah amanah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker