Mujur tiada nyawa yang melayang

Mujur tiada nyawa yang melayang ketika menyaksikan pintu gerabak kereta api transit aliran ringan (LRT) terbuka luas ketika ia sedang bergerak pada petang Isnin, 26 Julai sungguh bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Yang kedua, ia berlaku ketika musim Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuatkuasakan. Ia menyaksikan pergerakan awam terbatas dan jumlah trafik pengguna LRT menurun.

Cuba bayangkan jika insiden itu berlaku ketika keadaan normal dan jumlah pengguna yang padat seperti dalam tin sardin sebagaimana yang selalu kita semua saksikan – nescaya malapetaka yang menimpa di luar imaginasi kita.

Kejadian terbaharu itu berlaku kurang lebih dua bulan selepas insiden pertembungan dua tren LRT pada 24 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, 213 orang penumpang cedera dengan 47 daripadanya parah. Sekali lagi kita bernasib baik kerana tiada nyawa yang terkorban.

Dalam reaksi segeranya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberi tempoh 21 hari kepada operator LRT iaitu Rapid Rail Sdn Bhd untuk mengemukakan laporan lengkap bagaimana insiden itu boleh berlaku.

Seperti mana kejadian pada 24 Mei lalu, Sinar Harian difahamkan insiden kali ini juga adalah yang pertama kali berlaku ke atas gerabak yang sedang bergerak.

Sudah tentulah kita semua ingin mengetahui apakah puncanya kerana LRT adalah pengangkutan awam yang bukan sahaja diguna oleh kita tetapi juga anak-anak kita, saudara-mara, rakan-taulan dan sesiapa sahaja.

Maka, isu keselamatan adalah jaminan yang masyarakat dan para pengguna semua inginkan.

Agensi Pengangkutan Awam Darat sebagai agensi kawal dan selia mahukan laporan penuh berhubung penyelenggaraan gerabak berkenaan. Sementara Ka Siong dalam kenyataan-nya menegaskan bahawa Rapid Rail Sdn Bhd telah diarahkan supaya melakukan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan kejadian itu tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Langkah itu penting kerana ia melibatkan soal keyakinan ramai ke atas kecekapan pengendalian penyelenggaraan sistem pengangkutan awam kita.

Hakikat bahawa dua insiden yang melibatkan keselamatan awam berlaku dalam tempoh dua bulan ke atas sistem pengangkutan awam yang sama memerlukan perhatian khusus daripada pengurusan kanan Rapid Rail itu sendiri. Rakyat bukan sahaja inginkan pengurusan yang cekap tetapi juga selamat kerana ia melibatkan nyawa manusia.

Di bawah Perkara 715 Akta Pengangkutan Awam Darat, keselamatan awam adalah syarat utama yang ditekankan ke atas pengeluaran lesen operator perkhidmatan rel dan kereta api.

Oleh yang demikian, adalah penting sesiapa sahaja yang gagal memastikan keperluan keselamatan dijaga dan diawasi sepanjang masa dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, para penumpang LRT laluan Kelana Jaya terkejut apabila pintu gerabak yang sedang bergerak dari stesen Ara Damansara menuju ke stesen Lembah Subang terus terbuka dan tidak tutup seperti sepatutnya.

Jarak antara kedua-dua stesen itu adalah 900 meter. Ketika kejadian, terdapat tujuh orang penumpang di dalam tren berkenaan.

* Rozaid Rahman ialah Ketua Pengarang Kumpulan dan Ketua Pegawai Pengisian Sinar Harian.

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)

Mujur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker