Tindakan Ahli Parlimen mendahului pakar undang implikasi besar

Tindakan Ahli Parlimen mendahului pakar undang implikasi besar, kata Shahril

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menempelak sikap beberapa Ahli Parlimen yang disifatkan sebagai menolak sistem dan prosedur kelulusan sehingga mendahului pendapat pakar perubatan.

Shahril berkata, apabila Ahli Parlimen yang bukan doktor atau pakar perubatan tetapi berpengaruh di mata rakyat bertindak sebegini, ia mampu mengundang implikasi yang besar.



“Sehingga sanggup mendesak agar menteri menggunakan “kuasa eksekutif” untuk mengetepikan prosedur yang dibina untuk memelihara keselamatan rakyat tak kira siapa yang jadi menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Beliau berkata, keghairahan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) “menyerang” Menteri Kesihatan Adham Baba dalam Dewan Rakyat dengan mendesak Ivermectin digunakan segera, adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, pentadbir sistem perubatan Malaysia tidak boleh dibuat keputusan mengikut teori mahupun andaian, atau populariti hasil desakan ahli politik tetapi harus mengikut prosedur, data dan sains.

“Ini bukan bab SOP PKP, pakej ekonomi dan lain-lain yang lebih terbuka untuk dipertikai. Ini soal ubat yang hendak diluluskan untuk digunakan ke atas rakyat.



“Saya berpandangan sesiapa yang bukan doktor, jauh dari pakar perubatan penyakit – eloklah akur kepada pakar. Tak semua perkara ahli politik perlu berebut mendahului pakar,” katanya.

Terdahulu hari ini, Menteri Kesihatan Adham Baba ketika menggulung, bangkit mempertahan serta memperjelas tindakan kerajaan untuk tidak menggunakan ubat itu meskipun didesak oleh beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang agar penggunaannya dibenarkan dalam rawatan Covid-19.

Adham berkata perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaan ubat tersebut belum diketahui.

“Bukan Ivermectin sahaja untuk rawat Covid-19, jangan kelirukan Dewan dengan kebenaran untuk menggunakan Ivermectin sehingga diketahui data kajian.



“(Ivermectin) ada kesan sampingan. Negara India dan Peru tarik balik penggunaan Ivermectin… kenapa kita mahu gunakannya kalau tidak ada indikasi?” katanya. FMT

Tindakan Ahli Parlimen mendahului pakar undang implikasi besar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker