Skuad Bola Baling Pantai Wanita Norway Didenda: ‘Saya Bangga Dan Akan Bayarkan!’-Pink

Skuad Bola Baling Pantai Wanita Norway Didenda: ‘Saya Bangga Dan Akan Bayarkan!’-Pink

PENYANYI popular, Pink menawarkan untuk menjelaskan pembayaran denda yang dikenakan terhadap pasukan bola baling pantai wanita Norway.

Ia selepas pasukan itu dikenakan denda RM7,494 (1,500 Euro) kerana memilih untuk memakai seluar pendek berbanding bikini ketika Kejohanan Bola Baling Pantai Eropah.

Menerusi perkongsian di Twitter rasminya, Pink memaklumkan dia akan menjelaskan pembayaran denda tersebut kerana turut berbangga dengan tindakan pasukan itu yang berpendirian tetap.

“Saya bangga dengan pasukan bola baling pantai wanita Norway kerana protes terhadap peraturan seksis yang ditetapkan.

“Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) yang sepatutnya dikenakan denda atas peraturan yang seksis. Keputusan yang tepat! Saya gembira untuk membayarkan denda itu,” kongsinya.

Dalam kenyataan EHF berkata, Suruhanjaya Tatatertib mengenakan denda sejumlah 150 Euro kepada setiap pemain dengan keseluruhan membabitkan 1,500 Euro.

Tambahnya, pemain Norway beraksi memakai seluar pendek yang “tidak terkandung dalam syarat yang ditetapkan sebagai pakaian atlet dalam Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) bagi undang-undang perlawanan bola baling pantai.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi pasukan bola pantai wanita itu, mereka berterima kasih kepada Pink atas sokongan yang diberikan.-Awani

Skuad Bola Baling Pantai Wanita Norway Didenda: ‘Saya Bangga Dan Akan Bayarkan!’-Pink


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker