MAWAR RASHID SUMBANG PERALATAN HOSPITAL [VIDEO]

MAWAR RASHID SUMBANG PERALATAN HOSPITAL

MAWAR RASHID SUMBANG PERALATAN HOSPITAL – SELEPAS SEKELUARGA POSITIF COVID-19

Berjaya mengutip sumbangan lebih RM75,000 bagi tujuan sumbangan peralatan untuk Hospital Ampang dan Hospital Selayang, pelakon Mawar Rashid, 26, meluahkan rasa syukur dan terharu.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dia tidak sangka kutipan itu berjaya diraih dan tersentuh dengan kemurahan hati rakyat Malaysia untuk menderma selepas dia menghebahkan inisiatif itu menerusi Instagram Live, baru-baru ini.

Dia turut berbesar-hati apabila ramai rakan artis termasuk Eyra hazali, Zoey Rahman, Nurin Afiqah, Sha Hassan, Aleeya Zailan dan Zarina Anjoulie turut menyumbang sama demi inisiatif murni itu.

“Saya memulakan inisiatif itu tiga hari lalu bagi memenuhi permintaan seorang doktor yang memberitahu peralatan tidak cukup di hospital untuk mengendalikan pesakit Covid-19. Saya sendiri turut membuat sumbangan peribadi sebanyak RM20,000.

“Bagaimanapun, jumlah itu tidak cukup kerana dua unit troli pengangkat yang diperlukan bernilai RM70,000. Awalnya, saya dapat kumpul RM3,500 saja sebelum memutuskan untuk buat lagi Instagram Live bagi terus meraih derma.

“Dari situlah juga rakan-rakan artis lain itu turut serta dan mengajak pengikut mereka turut serta menyumbang. Jujur, saya sangat terharu apabila melihat kesungguhan rakyat Malaysia mahu menyumbang sehingga mengumpul jumlah itu,” katanya.

Mawar berkata, niat itu tercetus selepas seluruh keluarganya disahkan positif Covid-19 awal bulan ini termasuk ibunya. Menurutnya, pengalaman dijangkiti virus itu benar-benar memberi tamparan buatnya.

“Pengalaman dijangkiti Covid-19 untuk kami sekeluarga memang sangat teruk. Suami saya mengalami batuk berdarah, saya pula demam selama lima hari hingga sukar bernafas. Begitu juga anak saya turut demam dan selepas dua minggu barulah sembuh serta negatif.

“Ibu saya pula terpaksa dikuarantin sendirian di hotel. Dia langsung tiada selera makan dan hanya mengambil buah ceri menyebabkan doktor beritahu kami supaya bersedia dengan segala kemungkinan.

“Selepas mengalami sendiri ketakutan itu, saya memasang niat untuk membantu barisan hadapan kita apabila sudah sihat. Saya juga tabik rakyat Malaysia kerana ramai sebenarnya nak turut menyumbang tapi tidak pasti saluran mana yang betul,” ujarnya.

Mawar turut bersyukur apabila kini mereka sekeluarga sudah bebas daripada Covid-19. Namun, dia berharap inisiatif sumbangannya itu akan dapat meringankan beban kakitangan di dua hospital terbabit.

Untuk Hospital Ampang, dia akan menyumbangkan lima unit ‘Oximeter’ dan empat unit Skrin Mudah Alih, manakala sebanyak 15 unit tong oksigen, lima regulator, lima troli oksigen dan dua troli pengangkat untuk Hospital Selayang.

MAWAR RASHID SUMBANG PERALATAN HOSPITAL

MAWAR RASHID SUMBANG PERALATAN HOSPITAL – SELEPAS SEKELUARGA POSITIF COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mawar Rashid positif Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker