Batu nilam terbesar dunia bernilai RM422 juta dijumpai

Baru nilam terbesar dunia bernilai RM422 juta dijumpai. Gugusan batu nilam terbesar di dunia bernilai £72 juta (R422 juta) ditemui selepas beberapa orang pekerja melakukan kerja-kerja penggalian membina sebuah perigi di sebuah ladang persendirian di Sri Lanka, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Batu seberat 510 kilogram itu telah dipindahkan di sebuah bank di Colombo dan dikawal oleh pengawal bersenjata mula menerima bidaan dari luar.

Memetik laporan Badan Penyiaran Britain (BBC), pegawai rasmi mengesahkan batu itu ditemui secara tidak sengaja di kawasan Ratnapura.

Pekerja sebuah ladang menggali tanah untuk membina sebuah perigi apabila terlihat batu berwarna biru pucat itu yang digelar ‘Serendipity Sapphire‘.

“Individu yang menemui batu itu memaklumkan kepada kami tentang penemuan ini,” kata pemilik kepada batu bertuah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Gamage.

Batu nilam cukup terkenal kerana memiliki warna yang unik selain kualitinya yang bagus. – Market square jewellers

Lembaga Permata dan Perhiasan Nasional Sri Lanka (NGJA) mengatakan bahawa mereka yang membida batu tersebut termasuklah kerabat diraja.

“Batu ini ditemui di Kahawatte di daerah Ratnapura dan kami tidak boleh mendedahkan maklumat lain berkenaan lokasi sebenarnya atas isu keselamatan,” kata ketua pihak berkuasa, Tilak Weerasinghe.

Sri Lanka terkenal sebagai ‘pusat nilam dunia’.

“Batu nilam yang berwarna biru itu merupakan permata kebangsaan bagi Sri Lanka dan terkenal di mata dunia kerana warnanya yang unik, kejernihan dan kualitinya,” kata NGJA. -Agensi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masuk hari ketiga, Hadi Awang tidak muncul?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker