Warga Emas Maut Tercekik Kuih Buah Melaka

Warga Emas Maut Tercekik Kuih Buah Melaka

LIPIS – Seorang warga emas maut selepas tercekik kuih buah melaka ketika bersarapan bersama ahli keluarganya di Kampung Lentang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor, berkata, mangsa, Meriam Abdul Rafar,82, maut disebabkan tercekik kuih buah melaka yang dimakannya.



“Kejadian ini berlaku ketika mangsa dilaporkan menjamu juadah bersama anak lelakinya dan kemudiannya tiba-tiba tercekik kuih berkenaan.

“Melihat keadaan ibunya yang tercekik makanan itu, anak lelakinya terus menghubungi petugas klinik di kampung itu untuk meminta bantuan kecemasan,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa yang dibawa ke Hospital Lipis bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi. -K! ONLINE

Warga Emas Maut Tercekik Kuih Buah Melaka




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis



Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker