Telinga Berdengung Punca Gejala Masalah Pendengaran Dan Gangguan Sendi

Telinga Berdengung Punca Gejala Masalah Pendengaran Dan Gangguan Sendi

PASTI ada antara kita pernah mengalami situasi telinga berdengung bukan? Ia sebenarnya bukanlah sejenis penyakit dan tidak berbahaya tetapi boleh menjadi ‘signal’ kepada masalah kesihatan tertentu.

Apabila berlaku ia boleh menyebabkan penderitanya berasa tidak selesa kerana mendengar bunyi berdesir, berdengung selain gangguan seperti ada sesuatu di dalam telinga.

Kebiasaannya gangguan itu berlaku dalam tempoh singkat tetapi dalam sesetengah kes ia boleh berulang terutamanya pada waktu malam ketika situasi sekitar dalam keadaan tenang.

Dalam dunia perubatan masalah ini dikenali sebagai tinnitus. Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab keadaan itu yang mungkin menjadi gejala kepada penyakit lain yang tidak disedari.

Telinga Berdengung

1. Gangguan pendengaran

Telinga berdengung biasanya merupakan petanda kepada penyakit gangguan pendengaran. Gangguan pendengaran akan muncul seiring pertambahan usia, biasanya dialami golongan tua berusia 60 tahun ke atas.

Telinga berdengung biasanya muncul pada sebelah atau kedua-dua belah telinga pada masa yang sama. Bagi golongan muda, gangguan pendengaran biasanya berlaku disebabkan kesan terdedah kepada bunyi seperti penggunaan fon telinga terlalu kerap.

2. Saluran telinga tersumbat

Telinga berdengung juga dapat menjadi tanda saluran telinga bahagian dalam atau tengah tersumbat. Masalah tersumbat itu boleh disebabkan oleh penumpukan tahi telinga, kehadiran benda asing dan lain-lain.

Dalam kebanyakan kes, telinga berdengung biasanya boleh sembuh selepas masalah tersumbat itu dibersihkan.

3. Kecederaan kepala, leher dan otak

Dalam beberapa kes melibatkan kemalangan, telinga berdengung juga boleh disebabkan kecederaan di bahagian kepala, leher dan otak. Cedera parah pada bahagian kepala, leher dan otak boleh menyebabkan gangguan saraf, saluran darah dan otot.

Gejala paling ketara penderita bukan sahaja merasakan dengungan tetapi mendengar suara dengan volume tinggi.

doktor

4. Gangguan sendi

Telinga berdengung juga boleh disebabkan gangguan sendi dikenali sebagai temporomandibular iaitu rahang bahagian bawah yang berhubung dengan tengkorak muka – lebih tepat ia berada di depan telinga.

Kerosakan otot, ligamen atua tulang rawan di kawasan sendi itu boleh menyebabkan gejala telinga berdengung. Keadaan itu dipengaruhi oleh kedudukan sendi yang berdekatan dengan sistem pendengaran dan berhubung dengan saraf telinga.

Selain telinga berdengung, penderitanya juga boleh mengalami sakit pada bahagian wajah, sukar menggerakkan rahang dan berlaku ‘letupan’ ketika bercakap atau mengunyah makanan.

5. Sinus

Masalah hidung tersumbat akibat selesema atau jangkitan yang menyerang sinus dapat memicu tekanan pada telinga bahagian tengah. Keadaan itu boleh menyebabkan telinga berdengung.

Gangguan sinus juga boleh berlaku ketika seseorang melakukan aktiviti menyelam di lautan atau berada pada ketinggian yang ekstrem.

Telinga Berdengung Punca Gejala Masalah Pendengaran Dan Gangguan Sendi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker