Pembatalan Ordinan Darurat mencurigakan – Asyraf

Pembatalan Ordinan Darurat mencurigakan – Asyraf

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Undang-Undang di Parlimen bahawa semua Ordinan Darurat yang telah diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dibatalkan pada 21 Julai lalu dan kerajaan tidak akan menasihati YDPA untuk meneruskan Proklamasi Darurat, mengundang pelbagai persoalan, kekeliruan dan kecurigaan.

Pertama, tindakan kerajaan dilihat tergesa-gesa semacam mengesahkan pendirian UMNO ordinan ini mesti dibahas dan ditentukan keabsahannya dalam Parlimen sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 150 (3).



Kedua, tindakan kerajaan yang tidak mengumumkan pembatalan melalui pewartaan yang jelas lebih awal, mencetuskan tanda tanya apakah benar YDPA telah perkenankan pembatalan tersebut.

Ini kerana hanya baginda sahaja yang mempunyai kuasa meluluskan dan membatalkan ordinan tersebut, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

Persoalan lain, apakah status segala kompaun dan denda yang dikenakan ke atas rakyat setelah Ordinan Darurat dibatalkan.

“Keempat, apakah status segala operasi pentadbiran, perbelanjaan dan penggunaan wang Kerajaan tanpa mengikut Bajet sejak 21 Julai 2021 lalu dan kelima, dengan pembatalan Ordinan Darurat ini, apakah implikasi ke atas status kerajaan hari ini lantaran Parlimen yang dibiarkan tidak bersidang selama enam bulan sebagai mana Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan, sedangkan sebelum ini Peguam Negara menjadikan alasan kewujudan Ordinan Darurat yang mengatasi Perlembagaan sepanjang tempoh darurat,” asak beliau lagi.



Asyraf menegaskan, persoalan-persoalan di atas perlu diperjelaskan segera kerana ia boleh memberi kesan besar terhadap kebajikan rakyat dan sistem pentadbiran negara.

Meskipun begitu, Pemuda UMNO menyambut baik pembatalan Ordinan Darurat ini yang seiring dengan pendirian UMNO sebelum ini yang tidak pernah bersetuju bahkan menentang Proklamasi Darurat itu sejak dari awal sebagai mana keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020, 25 April 2021, 16 Jun 2021 dan yang terbaru 7 Julai 2021.

Katanya, pengumuman kerajaan ini sekali gus telah memperakui bahawa Proklamasi Darurat adalah dasar yang gagal dan sia-sia kerana ternyata lebih memudaratkan rakyat dan negara termasuk implikasi kepada kebejatan ekonomi dan keterabaian dalam memelihara kebajikan rakyat termasuk perlaksanaan kompaun-kompaun yang melampau dan bersifat ‘dwi-standard’. MG

Pembatalan Ordinan Darurat mencurigakan – Asyraf




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker