Ku Li mohon tempat duduk keluar dari blok kerajaan

Ku Li mohon tempat duduk keluar dari blok kerajaan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razeleigh Hamzah memohon kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya memindahkan tempat duduknya berhampiran dengan blok bebas kerana tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Katanya, sejak awal lagi beliau tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh mengguna nama kerajaan ‘Perikatan Nasional’.

“Dengan hormatnya suka saya memaklumkan bahawa saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada,” katanya.

Beliau menyatakan hasrat itu dalam surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Azizan Harun yang bertarikh semalam.

Dalam surat itu, Tengku Razaleigh turut menyatakan bahawa setakat ini beliau mengetahui jika ada anggota¬anggota Dewan Rakyat lain daripada partinya (UMNO) yang telah berurusan dengan Yang di-Pertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat.

“Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan sukahati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional/UMNO.

“Ini terutamanya sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong Kerajaan Gagal ini,” katanya. MG

Ku Li mohon tempat duduk keluar dari blok kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker