Kes baharu COVID-19 di China meningkat sejak akhir Januari — MYKMU.NET

Kes baharu COVID-19 di China meningkat sejak akhir Januari

Sebaran :

Kes baharu COVID-19 di China meningkat sejak akhir Januari

CHINA melaporkan 76 kes baharu COVID-19 pada 25 Julai, yang merupakan jumlah kes harian tertinggi sejak Januari.

Ia   di bandar Timur Nanjing, yang memulakan pusingan kedua ujian saringan besar-besaran.

China mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap jangkitan koronavirus apabila dengan pantas membuat ujian saringan terhadap penduduknya dan mengesan kontak rapat bagi mencegah penularan.

Jangkitan tempatan menyumbang 40 kes baharu berbanding lima hari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, pada Isnin.

Sebanyak 39 kes tempatan dilaporkan di provinsi Jiangsu di timur, ibu kota Nanjing dan satu kes di wilayah timur laut Liaoning.

Daripada 39 kes tersebut, 38 dikesan di Nanjing dan satu di bandar Suqian.

Kes baharu COVID-19 di China meningkat sejak akhir Januari

Sehingga akhir 25 Julai, Nanjing melaporkan sebanyak 75 kes tempatan sejak cetusan penularan terbaru muncul minggu lalu.

Teksi dan kereta di platform menaiki kenderaan tidak boleh meninggalkan bandar dan lapan stesen bas ulang-alik jarak jauh akan digantung mulai 27 Julai, kata pihak berkuasa Nanjing pada Isnin.

Jumlah kes asymptomatic baharu di China meningkat kepada 24 daripada 17 kes sehari sebelumnya.

Di antara kes tanpa gejala, empat adalah jangkitan tempatan, satu masing-masing di Jiangsu, Guangdong, Anhui dan Sichuan.

Sebilangan besar kes positif dalam ujian saringan besaran-besaran pertama dilancarkan Nanjing minggu lalu adalah di kawasan berdekatan dengan Lapan Terbang Antarabangsa Lukou.

Kerajaan Nanjing berkata, pihaknya telah memulakan ujian asid nukleik pusingan kedua terhadap 9.3 juta penduduknya.

Bandar ini telah menghentikan tren bawah tanah yang menghubungkan lapangan terbang dan stesen kereta api serta mengambil langkah-langkah lain mengawal kluster baharu.

Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di China berjumlah 92,605, sementara angka kematian kekal pada 4,636.-Awani

Kes baharu COVID-19 di China meningkat sejak akhir Januari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: