KP Kesihatan rayu doktor kontrak jangan buat demonstrasi
KP Kesihatan rayu doktor kontrak jangan buat demonstrasi . Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta doktor kontrak tidak menyertai demonstrasi yang dijadualkan pada Isnin sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap pesakit.
Beliau berkata, tindakan menyertai demonstrasi itu umpama mempertaruhkan nyawa pesakit dan memberi kesan kepada kerjaya doktor kontrak yang terlibat.
“Kepada semua rakan sekerja, doktor dan petugas penjagaan kesihatan, ingatlah sumpah yang kita semua buat ketika kita memulakan profesion kita ‘primum non nocere’ iaitu yang utama tidak membahayakan atau menzalimi pesakit kita.
“Walaupun kami memahami bahawa anda ingin terus berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara tetap, kini kerajaan telah mengumumkan perlanjutan kontrak selama dua tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada malam Ahad.
Beliau berkata demikian merujuk kepada gerakan Hartal Doktor Kontrak yang merancang untuk keluar beramai-ramai daripada fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja di seluruh negara tepat jam 11 pagi Isnin.
Ia sebagai bantahan kerana tuntutan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas.
Muhyiddin berkata, ini termasuk mereka yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing.
Zahid mahu Menteri Umno letak jawatan jika ordinan darurat dilanjutkan
Bagaimanapun, kumpulan doktor kontak tetap mahu meneruskan gerakan Hartal Doktor Kontrak kerana bertegas dengan tuntutan mereka.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, lanjutan berkenaan memberi masa untuk pindaan dibuat terhadap Akta Pencen 1980 supaya jawatan tetap boleh digajikan dengan pilihan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu tanpa pencen.
Sementara menunggu pindaan itu, beliau menjelaskan, kerajaan akan membenarkan petugas kontrak untuk menyambung pengajian sarjana dan menawarkan jawatan tetap dengan pilihan KWSP setelah tersedia nanti.
“Saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa keselamatan pesakit adalah keutamaan kita.
“Ingat sumpah yang kita lafazkan dan ikuti dengan ikhlas. Berada di sana pada masa mereka (pesakit) dan negara sangat memerlukan anda,” kata beliau.
Tegasnya, kesemua doktor dan petugas kesihatan adalah kubu pertahanan terakhir yang memberi perbezaan kepada pesakit dan setiap perkara penting dalam kehidupan.
KP Kesihatan rayu doktor kontrak jangan buat demonstrasi
Baca Artikel Menarik :
- Najib rayu doktor kontrak tidak mogok
- Tukar kepada hamba rakyat
- Kami hanya ambil 3% sumbangan bayar kakitangan – Nadir
- Luahan hati Kunan setelah tidak didapati bersalah dan pendakwaan terpilih Mahathir
- Ebit Liew menjawab fitnah, tiada satu pun tabung dibuka [VIDEO]
- Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul
Zahid beri amanah Ahli Parlimen Umno harus undi batal kuasa darurat