Saudi tawar 1 juta dos vaksin kepada Malaysia

Sebaran :

Saudi tawar 1 juta dos vaksin kepada Malaysia

Arab Saudi akan menyumbangkan bekalan perubatan, termasuk 1 juta dos vaksin kepada Malaysia dalam mendepani penularan Covid-19.

Menteri Luar, Hishammuddin Hussein memaklumkan perkara itu selepas berhubung dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Raja Salman (Abdulaziz Al-Saud) sendiri telah menitahkan King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik Covid-19.

“Ini satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia,” tulisnya di Facebook.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman, Putera Mahkota dan kerajaan Saudi atas bantuan itu.

Katanya, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota Saudi untuk memperincikan bentuk bantuan yang Malaysia perlukan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Saudi tawar 1 juta dos vaksin kepada Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


#IsraelKoyak kembali hangat di Olimpik


Sebaran :

Leave a Reply