Tengku Zafrul makan nasi ganja?

Sebaran :

Tengku Zafrul makan nasi ganja

Gambar lama lah, Tengku Zafrul anggap lucu didakwa pesan nasi ganja guna helikopter

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menganggap dakwaan beliau membuat pesanan nasi ganja dari restoran popular di bandar raya Ipoh, Perak menggunakan penghantaran helikopter sebagai sesuatu yang melucukan.

Beliau berkata, gambar yang memaparkan dirinya mahu menjamah nasi vanggey itu diambil pada Disember 2020, justeru ada pihak yang menyalahgunakan gambar lama itu untuk mengaitkannya dengan tindakan tersebut.

“Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya ‘order’ nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Dis 2020, tapi ‘crop’ tarikh.

“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna ‘delivery service’ yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil,” katanya dalam catatan Facebook beliau malam ini.

Awal hari ini media melaporkan seorang pelanggan dari Kuala Lumpur menempah 36 bungkus “nasi ganja” dari sebuah restoran nasi kandar terkenal di Ipoh, Perak, dengan menggunakan perkhidmatan helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, hari ini.

Pendaratan helikopter yang dimiliki sebuah syarikat swasta di Padang Ipoh turut mengejutkan orang ramai yang berada berhampiran kawasan berkenaan.

Sementara itu, pemilik restoran “nasi ganja” itu, Mohamed Nihmathullah Syed Mustafa, 57, mengakui terkejut dengan tempahan luar biasa itu malah pada mulanya menyangka ia penipuan dan “ketawa ketawa sekuat hati apabila menerima mesej bahawa sebuah helikopter akan sampai untuk mengambil tempahan makanan itu.”

Nihmathullah, pemilik gerai Nasi Kandar Alam Merah yang beroperasi di sebuah kedai kopi di Jalan Yang Kalsom sejak 1957 berkata, ini kali pertama pelanggan menggunakan helikopter merentas negeri untuk membeli nasi kandarnya, dan bersyukur menerima tempahan 36 bungkus nasi kandar itu dalam pada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini. FMT

Tengku Zafrul makan nasi ganja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen


Sebaran :

Leave a Reply