Anwar akan teliti permohonan pemimpin UMNO yang dipecat untuk sertai PH

IPOH: Pakatan Harapan (PH) akan meneliti terlebih dahulu sebarang permintaan daripada pemimpin dan ahli UMNO yang dipecat untuk menyertai komponen gabungan itu.

Bagaimanapun, setakat ini, pakatan itu masih belum menerima sebarang permintaan mengenainya.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya ada, ia perlu mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen masing-masing.

“Ini keputusan dalaman disiplin masing-masing, tetapi tak ada timbul lagi sebarang pelawaan untuk bersama dan tentunya sekirnya ada, kita akan teliti dan tentunya mendapat pandangan pimpinan lain.

“…dan juga menjaga kedamaian dan kerajaan perpaduan. Kita beri pertimbangan yang lebih luas,” jelasnya.

Baru-baru ini, UMNO memecat dua bekas pemimpin parti itu berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mereka ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker