Polis siasat helikopter rentas negeri ambil pesanan nasi ganja

Polis akan membuka kertas siasatan berhubung tular membabitkan sebuah helikopter dari Kuala Lumpur melakukan pendaratan di sini bagi mengambil tempahan nasi ganja pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, siasatan dilakukan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah dan negeri.

“Kertas siasatan akan dibuka berkenaan isu ini berdasarkan kesalahan melanggar SOP merentas daerah dan negeri terhadap individu dan syarikat berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB 2020) Akta 342,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Kehadiran sebuah helikopter dinaiki dua lelaki yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur dipercayai milik syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai sebaik mendarat di Padang Ipoh dekat sini.

Helikopter tersebut dikesan telah mendarat pada jam 9.55 hingga 10.15 pagi bagi mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja dari sebuah kedai nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

Mior Faridalatrash dalam laporan sebelum ini memaklumkan, semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh mendapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja.

• Penunggang motosikal maut ketika memotong• SPRM tahan kontraktor, dua pegawai daerah• 25 warga Bangladesh berhimpun sambut Aidiladha didenda RM125,000

“Helikopter tersebut tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy pula benarkan penerima vaksin rakam gambar dan video

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker