Doktor pakar parah selepas gas silinder meletup

Doktor pakar parah selepas gas silinder meletup

GEORGE TOWN: Seorang doktor pakar sedang bertarung nyawa di Hospital Island, di sini, selepas menderita 95% melecur seluruh badan selepas silinder gas di kediamannya, di Solok Jesselton, di sini, meletup, pada Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu, Seow Eng Lok, 53, pergi memeriksa dapur gas kerana terhidu kebocoran gas.



Isteri mangsa memaklumkan kepada polis bahawa suaminya cuba memeriksa sama ada kepala gas ditutup rapat, bagaimanapun letupan berlaku.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong, berkata hasil pemeriksaan pegawai forensik bomba mendapati, berlaku kebocoran pada hos gas yang bersambung ke silinder gas.

Katanya, mangsa dibawa ke hospital berkenaan dan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), katanya kepada FMT. Soffian bagaimanapun, menolak sebarang perlakuan jenayah.

Dalam pada itu, jurucakap jabatan bomba dan penyelamat, berkata letupan itu mengakibatkan 40% kediaman doktor terbabit rosak.



Susulan daripada kejadian berkenaan, pembedahan segera akan dilakukan terhadap Eng Lok, dengan keluarga mangsa merayu agar sumbangan darah jenis A+ atau O+ disumbangkan di hospital itu.

Kepada pihak yang sudi untuk menderma darah, sila hubungi talian 04-238-3388 sambungan 5548. FMT

Doktor pakar parah selepas gas silinder meletup


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker