Lembu Jokowi Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh

Lembu Jokowi Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh

Jakarta: Disebabkan terlalu gembira lembunya dibeli Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk ibadah korban sempena Aidiladha, seorang penternak di Boyolali, Jawa Tengah bertindak menatang ternakan itu bagai minyak yang penuh.

Lembu daripada baka Ongole berharga Rp63 juta (RM18,384.31) itu diberi layanan istimewa berbanding lembu lain termasuk kandangnya sentiasa dibersihkan dan diberi makan vitamin supaya sihat.

Penternak itu dikenali sebagai Munawar berkata kepada Kompas, Jokowi menempah lembunya yang berusia empat tahun seberat 837 kilogram kira-kira dua minggu lalu, untuk sembelihan korban di Masjid Agung Solo.

Katanya, Jokowi memilih ternakan itu selepas anaknya kerap memuat naik gambar haiwan berkenaan di Facebook.

“Kandangnya akan saya bersihkan sentiasa dan lembu ini diberi makan vitamin. Rumputnya juga diberi banyak supaya pertumbuhannya lancar.

“Lembu ini yang paling saya beri layanan istimewa,” katanya pada Selasa.

Menurutnya, sebelum ini ramai pihak menyatakan hasrat untuk membeli lembu itu, namun, katanya, “Alhamdulillah, yang lebih sesuai daripada pihak sini (Jokowi).”

Dalam pada itu, Ketua Takmir Masjid Agung Solo, Muhtarom berkata, lembu korban Jokowi tiba di Masjid Agung Solo pada jam 4 petang kelmarin, selepas pihaknya dimaklumkan penyembelihan dan penyerahan daging dibuat, pagi semalam.

“Kami menghargai kepercayaan diberikan Pak Jokowi kepada Masjid Agung Solo terus melakukan penyembelihan korban beliau,” katanya yang memberitahu Jokowi sudah melakukan korban di masjid itu sejak bergelar Datuk Bandar Solo lagi.

Lembu Jokowi Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Lucu! Pemuda Terima Kucupan Lembu Korban Semasa Selfie

Resepi Kerabu Perut Lembu Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker