Kerajaan perlu capai sasaran pelaburan RM237 bilion tahun depan – Najib

Kerajaan perlu capai sasaran pelaburan RM237 bilion tahun depan – Najib

Kerajaan perlu mengenal pasti bidang pertumbuhan utama untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM237 bilion pada tahun hadapan.

Ahli Parlimen (BN-Pekan), Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu mesti diberi keutamaan agar para pelabur domestik dan luar negara dapat membuat keputusan untuk melabur.

“Kita tidak boleh hanya sekadar menyebut secara umum sasaran pelaburan tanpa menyerlahkan beberapa bidang utama atau ‘key focus area’ dan memberi apa-apa galakkan dan insentif khusus yang boleh meyakinkan pihak pelabur.

“Sesungguhnya, pihak swasta mesti menjadikan ‘the engine of growth’ (enjin pertumbuhan) bukan peranan kerajaan dan GLC yang semakin meningkat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Najib yang merupakan bekas perdana menteri berkata, beliau sangat bimbang dengan dua langkah kerajaan untuk menaikkan cukai korporat dari 24 peratus kepada 33 peratus bagi syarikat yang untung lebih RM100 juta bagi tahun 2022 serta langkah untuk mula mengenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari luar negara untuk menambah pendapatan kerajaan.

Ini kerana katanya, hasil perolehan kerajaan dijangka rendah dan kewangan kerajaan ketika ini juga sangat menekan atau kritikal.

Ujarnya, akibat pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kadar-kadar cukai negara ketika ini telah menjadi paling tinggi di ASEAN, malah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang sudah menurunkan kadar cukai negara itu dengan ketara sejak dua tahun lepas.

“Saya faham, kenaikan kadar cukai korporat bagi syarikat-syarikat yang menjana keuntungan RM100 juta ke atas adalah langkah sementara untuk satu tahun sahaja.

“Tetapi, ianya akan menghantar mesej yang boleh menghakis keyakinan pelabur. Mereka akan berasa khuatir perkara seperti ini boleh berulang pada masa yang akan datang apabila kerajaan terdesak untuk mendapatkan hasil tambahan.

“Perlu kita sedari, semasa kita memilih pelabur asing, pelabur asing juga memilih kita dan mereka mempunyai negara-negara lain sebagai pilihan alternatif,” tambahnya. MG

Kerajaan perlu capai sasaran pelaburan RM237 bilion tahun depan – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker