Tangguh dulu letak TH bawah BNM – Najib

Sebaran :

Tangguh dulu letak TH bawah BNM – Najib

Model TH sudah elok sejak berpuluh tahun.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan model bisnes yang diamalkan oleh Tabung Haji yang ditukar nama kepada TH sebagai sudah elok.

Menurut Najib, TH bukan sebuah bank yang memberi pinjaman atau kenakan riba.

“Matlamat TH juga sangat berbeza dengan bank. Dua matlamat utama TH ialah memudah dan menyempurnakan Urusan Jemaah serta memperkasa Ekonomi Ummah,” dalam hantaran ke Facebook beliau.

Tambah Najib, TH jika dikawal terlalu ketat seperti bank maka jenis pelaburan dan pulangan dari pelaburan serta Hibah tidak akan tinggi lagi.

“Bukan semua benda ialah bank. Model TH sudah elok sejak berpuluh tahun dahulu,” katanya.

Justeru itu, ujar beliau, lebih elok keputusan meletakkan TH bawah kawalan Bank Negara ditunda sehingga siasatan oleh RCI selesai.

Pada ketika ini, kata Najib, Menteri Kewangan patut memberi fokus penuh bagi tugas dia sebagai Menteri Penyelaras untuk Pelan Pemulihan Negara.

“Meletak Tabung Haji bawah BNM bukan keutamaan dalam tempoh pandemik ini,” katanya.

Sementara itu di media sosial heboh menyalahkan UMNO menyebabkan integriti TH musnah.

Netizen juga menuduh puluhan tahun UMNO telah menyalahguna dana TH dan kini segalanya mulai terdedah.

Dalam pada itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pemusatan kuasa yang terlalu besar oleh individu atau pihak ke atas TH dikhuatiri boleh membuka jalan kepada ketidakcekapan tadbir urus.

Model baharu pengoperasian TH kelak perlu dilaksanakan dengan jujur, amanah dan berintegriti memandangkan agensi itu diamanahkan menjaga wang lebih 8.3 juta pendeposit, katanya. SM

Tangguh dulu letak TH bawah BNM – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Henti aniaya warga Felda, jelaskan terma segera


Sebaran :

Leave a Reply