Kenyataan Bukit Aman dalam isu Caprice- Ebit Lew
Kenyataan Bukit Aman dalam isu Caprice- Ebit Lew
Jangan sebar fitnah isu Caprice-Ebit Lew – Bukit Aman
Orang awam dinasihat tidak menyebarkan dan membuat kenyataan berbaur fitnah berhubung dakwaan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice mempersoalkan tindakan pendakwah terkenal, Ebit Lew dalam misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata setakat ini, tiada laporan diterima dan kertas siasatan dibuka mengenai perkara itu.
“Beberapa hari ini di media sosial dikesan hangat memperkatakan mengenai tindakan penyanyi rap itu. Mereka yang fitnah atau mengaibkan seseorang boleh disiasat mengikut Seksyen 500, 504 dan 505 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Semua seksyen itu kerana kesalahan fitnah, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, kenyataan boleh mendatangkan khianat awam serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru, Abd Jalil meminta orang ramai tidak mensensasikan isu itu dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika wujud pelanggaran undang-undang berkenaan.
Terus trending dalam media sosial sejak beberapa hari lalu, Caprice semalam dilaporkan berjanji membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza, Rabu ini, dan berharap hubungannya dengan pendakwah itu pulih.
Mengaku mengambil pil tidur sejak tiga minggu lalu, Caprice mendakwa tidak menyangka Ebit yang dianggapnya sahabat terus senyap dan tidak memberi kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza.
Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.
Pada 24 Jun lalu, Caprice berangkat ke Palestin untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Namun, sehingga hari ini, Caprice masih belum memasuki Gaza. Malah, melalui pengakuan IG Story, penyanyi itu mendakwa mungkin niat untuk memasuki wilayah itu menjadi sukar. BH
Kenyataan Bukit Aman dalam isu Caprice- Ebit Lew
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober
- Political genius atau Pak Pandir moden
- Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi
- UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’
- Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok
- Resepi Rendang Daging Padang Asli
Caprice Mengaku Bersalah Terlalu Emosi Dan Mohon Maaf Bukan Hanya Ebit Lew
You must be logged in to post a comment.