Pegawai positif Covid-19: Annuar kuarantin sukarela

Pegawai positif Covid-19: Annuar kuarantin sukarela

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akan menjalani kuarantin secara sukarela di rumah susulan seorang pegawai khasnya disahkan positif Covid-19.

Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam kenyataan akhbar berkata, seorang daripada pegawai khas Annuar dijangkiti wabak berkenaan menyebabkan semua kontak rapat terpaksa melakukan ujian saringan Covid-19.

“Buat masa ini, Annuar dan semua pegawai Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan menjalani
kuarantin secara sukarela di rumah masing-masing sementara menunggu keputusan ujian saringan.

“Kerja-kerja sanitasi di Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan di tingkat 6, Menara DBKL 1 sudah dilakukan dan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan akan ditutup untuk tempoh beberapa hari,” katanya kenyaraan tersebut malam ini.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan memohon maaf di atas sebarang kesulitan berhubung perkara berkenaan. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pegawai positif Covid-19: Annuar kuarantin sukarela


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker