Remy Ishak khuatir kebocoran data peribadi
Remy Ishak khuatir kebocoran data peribadi
‘Macam mana mereka dapat nombor telefon saya?’
KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Remy Ishak meluahkan kekhuatiran berhubung lambakan kes penipuan dan kebocoran data peribadi awam yang disalahgunakan segelintir individu atas tujuan melakukan penipuan.
Remy, 39, mendedahkan kerisauan tersebut menjadi lebih teruk apabila dirinya turut menjadi mangsa setelah menerima banyak panggilan daripada individu tidak dikenali.
“Ada yang menghubungi, mengaku dirinya kakitangan pos Malaysia dan meminta nombor kad pengenalan saya untuk tujuan penghantaran barang sedangkan saya tidak membuat sebarang tempahan.
“Ada juga yang mengaku dirinya mewakili ejen hartanah yang memaklumkan menyimpan nombor saya setelah diberikan kepadanya oleh rakan industri.
“Saya hairan. Macam mana mereka boleh dapat nombor telefon saya sedangkan saya tidak mudah berkongsi maklumat ini dengan orang yang tidak saya kenali,” katanya.
Ekoran gangguan-gangguan berkenaan, pelakon filem Pulang ini menjadi lebih berhati-hati dan bertindak menyekat panggilan asing yang banyak diterimanya.
“Keadaan ini cukup merisaukan saya. Apatah lagi dengan lambakan kes penipuan dalam talian yang semakin berleluasa ketika musim pandemik ini. Kini saya lebih berhati-hati.
“Apa yang berlaku kepada saya jelas menunjukkan bahawa data peribadi orang awam semakin mudah dibocorkan dan digunakan untuk kegiatan penipuan. Keadaan ini cukup membimbangkan,” ujarnya. Utusan
Remy Ishak khuatir kebocoran data peribadi
Baca Artikel Menarik :
- Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19
- Ekonomi Malaysia tidak bergerak sekiranya kelas bawahan masih ramai
- Jika Muhyiddin enggan letak jawatan, NGO akan turun berdemo
- Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen Bila ‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk [VIDEO]
- NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH [VIDEO]
- Resepi Mee Sizzling
Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
You must be logged in to post a comment.