Lelaki nyanyuk cekik zakar sendiri guna getah

Lelaki nyanyuk cekik zakar sendiri guna getah

SPRINGFIELD, Illinois – Seorang lelaki yang menderita penyakit nyanyuk bertindak ‘mencekik’ zakar sendiri menggunakan getah selama tiga hati hingga ia membusuk, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Pesakit yang berusia 81 tahun yang turut mempunyai masalah kencing manis itu dikejarkan ke hospital selepas isterinya gagal memujuk dia untuk membuka ikatan getah tersebut.

Ketika di hospital, doktor bertanya kepada mangsa tentang punca dia mengikat getah pada alat sulitnya namun gagal mendapat jawapan kerana dia kelihatan sangat keliru dengan apa berlaku.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan zakar pesakit membengkak teruk dan berubah warna menjadi kuning dan ungu sekali gus menandakan ia sudah tidak berfungsi.

Bagi mencegah kerosakan lebih teruk pada zakar itu, doktor memilih untuk membakar bahagian yang sudah mati dan mengeluarkannya menerusi pembedahan kecil.

Saluran katerer juga terpaksa dimasukkan ke dalam kemaluan lelaki itu bagi membuang takungan air kencing yang terkumpul sepanjang tiga hari itu.

Pesakit dilaporkan pulih dalam masa lima hari dengan bantuan antibiotik. Namun, dia gagal hadir janji temu susulan dua minggu kemudian. K Online

Lelaki nyanyuk cekik zakar sendiri guna getah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker