Pemuda PKR boleh terima Pejuang, dengan syarat

Pemuda PKR boleh terima Pejuang, dengan syarat angkat Anwar calon PM

Sayap pemuda PKR sedia menerima mana-mana parti termasuk Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan (PH), menerusi konsep “khemah besar” bersandarkan syarat utama, mengangkat Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

Setiausahanya, Ahmad Syukri Abd Razab, berkata penerimaan itu selaras keputusan pemukiman PH sebelum ini, melancarkan konsep “khemah besar” untuk menerima parti politik yang boleh menjunjung prinsip dan dasar perjuangan gabungan itu.



“Sesiapapun pejuang ke, Umno ke, mana-mana parti kalau sanggup terima konsep asas PH, saya rasa tidak ada masalah bekerjasama, antara syaratnya PH sepakat kekal menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri, jika PH menang Putrajaya itu prinsip tak boleh dikompromi.

“Kalau Mahathir dan pejuang boleh menerima pakai prinsip ini dan menjadi rakan jujur, ikhlas kenapa tidak untuk (kita) mengatakan selamat datang Tun Mahathir,” katanya kepada FMT ketika ditanya kesediaan bekerjasama sekali lagi dengan parti pimpinan Mahathir yang baru diluluskan pendaftarannya.

Syukri bagaimanapun, berkata dari sudut lain khususnya dalam PKR, kerjasama dengan Mahathir perlu difikir secara mendalam mengambil kira penerimaan akar umbi yang sebelum ini, berdepan pelbagai pengalaman hitam bersama Ahli Parlimen Langkawi itu ketika menerajui Kerajaan PH sebagai perdana menteri selama 22 bulan.

“Banyak perkara dicetuskan beliau (Mahathir) akhirnya menyusahkan PH menjawab kepada rakyat, contohnya beliau kata manifesto bukan kitab, mengangkat pengkhianat dalam PKR sebagai pemimpin kanan dalam kerajaan, jadi perkara itu tak mudah bagi ahli PKR menerima Mahathir sebagai rakan.



“Di peringkat PH tidak ada masalah sebab kita bersetuju dengan dasar ‘khemah besar’, terima kerjasama dengan sesiapa, tapi di peringkat PKR sebelum buka ‘khemah besar’ perlu dinilai pucuk pimpinan apakah penerimaan Mahathir akan perkuat gabungan atau menyebabkan kucar kacir,” katanya.

Pejuang secara rasminya didaftarkan sebagai parti politik 8 Julai lalu dan kelulusan pendaftarannya diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ketika ini, parti itu mempunyai empat Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kerajaan PH yang diterajui Bersatu, PKR, Amanah, DAP dan Warisan tumbang Feb tahun lalu selepas Mahathir bertindak meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas Bersatu umum keluar dari gabungan itu. FMT



Pemuda PKR boleh terima Pejuang, dengan syarat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Payudara membesar selepas suntik vaksin Pfizer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker