Warisan nafi kerjasama dengan PN seperti laporan Sarawak Report

Warisan nafi kerjasama dengan PN seperti laporan Sarawak Report

Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) seperti yang dilaporkan di sebuah portal berita ‘Sarawak Report’.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa laporan tersebut sebagai tidak benar.

“Saya ingin menafikan tentang akan adanya kerjasama antara Parti Warisan dengan PN.
“Laporan yang dikeluarkan dalam salah satu artikel oleh Sarawak Report adalah tidak betul,” katanya.

Sebelum ini portal tersebut melaporkan akan wujud satu pakatan baharu antara PN dan PH termasuk Parti Warisan bagi membentuk gabungan baharu pentadbiran negara.

Laporan tersebut mendedahkan ia susulan tawaran yang diberikan PN kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini untuk memimpin Majlis Pemulihan Negara.

Laporan itu mendakwa, Tun Dr Mahathir akan dilantik mengetuai pelan pemulihan termasuk empat ahli Pejuang serta Warisan Plus yang akan menyokong kerajaan PN.

Warisan nafi kerjasama dengan PN seperti laporan Sarawak Report


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Warisan nafi keluar kenyataan bersama PAS sokong Hisham sebagai PM baru

PBS tolak dakwaan tubuh kerajaan dengan Warisan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker