Wan Azri diberi masa oleh mahkamah

Saman fitnah Lim: Wan Azri tidak mengaku sebagai Papagomo

Wan Azri diberi masa oleh mahkamah

Mahkamah beri Azri lebih masa buktikan dirinya bukan Papagomo

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi lebih masa kepada EXCO Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris, untuk menjelaskan dirinya bukan penulis blog dikenali Papagomo, yang didakwa memfitnah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan anaknya, Clint Lim Way Chau.



Peguam, K Simon Murali, yang mewakili kedua-dua plaintif, berkata peguam mewakili Wan Muhammad Azri belum lagi dapat menemui anak guamnya itu susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa, di Lembah Klang.

“Pendaftar mahkamah membenarkan untuk memberi lebih masa dan kami tidak membantah,” kata Murali kepada FMT selepas menghadiri perbicaraan secara maya, hari ini.

Bulan lalu, Lim dan anaknya menghantar soalan bertulis kepada Azri, kerana mendakwa dirinya bukan Papagomo dalam pembelaannya.

Soalan berkenaan dikemukakan terhadap Azri bertujuan membangkitkan pembelaan substantif – justifikasi dan ulasan saksama (fair comment) – terhadap saman itu jika kenyataan yang dibangkitkan di bukti ditujukan kepada plaintif.



Lim dan anaknya memfailkan saman fitnah terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Okt 2020, berhubung dakwaan yang Clint membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya.

Insiden berkenaan dilaporkan oleh suratkhabar berbahasa Cina pada Mac 2020, namun surat khabar berkenaan menarik semula penerbitan berita itu dan memohon maaf.

Dalam salinan pernyataan pembelaan, Azri, menyatakan dirinya tidak bersetuju dengan kenyataan kedua-dua plaintif merujuk dirinya sebagai “Papagomo”.

“Perenggan 3.1 hingga 3.2 penyataan tuntutan adalah dipersetujui kecuali bahawa defendan dikenali sebagai Papagomo dan meletakkan beban bukti kukuh atas penyataan berkenaan.



“Perenggan 3.1 penyataan tuntutan yang menyatakan: “Pada semua masa material, defendan, yang juga dikenali sebagai Papagomo, adalah ahli dalam satu pertubuhan bukan korporat bersifat politik yang dikenali sebagai United Malays National Organisation atau dalam singkatannya ‘UMNO’,” kata kenyataan itu.

Azri enggan dan menafi sekeras-kerasnya dirinya bukan penulis blog, Papagomo, dalam sosial media, yang mempunyai ribuan pengikut dalam facebook. FMT

Wan Azri diberi masa oleh mahkamah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Jumpa wanita 2 pagi bincang perkara sulit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker