Tiada tanda Muhyiddin akan berundur – Penganalisis

Tiada tanda Muhyiddin akan berundur – Penganalisis

Umno tetapkan sama ada Muhyiddin jatuh atau tak, kata penganalisis

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin akan terus berkuasa kecuali ada tekanan daripada dalam Jemaah Menterinya untuk beliau berundur, kata penganalisis.



Ahli akademik Azmi Hassan berkata, strategi Umno adalah untuk terus “menyerang” Muhyiddin atas kegagalannya menguruskan negara semasa krisis kesihatan dan ekonomi.

“Mereka berharap apabila perdana menteri berundur, jawatan itu akan jatuh kepada No. 2, iaitu Ismail Sabri Yaakob daripada Umno,” katanya, merujuk kepada pelantikan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Beliau berkata, Ismail membuat beberapa pengumuman awam sejak pelantikannya pada 9 Julai, langkah yang dilihat dapat menjadikannya lebih kelihatan di mata rakyat.

“Ini mungkin satu strategi untuk menonjol,” kata Azmi, yang menambah, Muhyiddin mungkin tidak akan mengundurkan diri kecuali ada tekanan daripada Jemaah Menterinya.



Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan dilaporkan berkata, 50 daripada 56 ahli MKT mahu Muhyiddin meletak jawatan.

Bagaimanapun, jelasnya, gesaan itu tidak bermaksud menentang Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhan.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata, Jemaah Menteri nampaknya membisu mengenai kedudukan Muhyiddin.

“Oleh kerana Jemaah Menteri tak kata apa-apa, Muhyiddin tidak akan mengundurkan diri.



“Tiada alasan baginya untuk berundur kerana Istana juga berkata, mereka mahu kestabilan politik,” katanya kepada FMT, merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Katanya, status quo akan kekal sehingga Jemaah Menteri, di mana Umno mempunyai sembilan menteri dan lapan timbalan menteri, mula menekan Muhyiddin untuk berundur.

“Namun, mereka memegang jawatan penting, dan jika Umno kata kerajaan gagal, itu bermaksud menteri-menteri Umno juga gagal,” tambahnya.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, walaupun sebahagian besar ahli MKT menolak kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri, majoriti Ahli Parlimen Umno mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” berkenaan langkah Bersatu dan Umno seterusnya.



Tambahnya, ahli Jemaah Menteri tidak secara terbuka menekan Muhyiddin untuk meletak jawatan.

“Saya belum lihat tanda-tanda Muhyiddin akan mengundurkan diri. Sebenarnya, beliau mungkin bertarung habis-habisan untuk mempertahankan kedudukannya sehingga pilihan raya umum (PRU15) walaupun mengalami masalah kesihatan,” katanya. FMT

Tiada tanda Muhyiddin akan berundur – Penganalisis


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin perlu bawa sendiri usul percaya



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker