Burger paling mahal dalam dunia

Burger paling mahal dalam dunia

Burger RM25,000!

Amsterdam: Harga AS$6,000 (kira-kira RM25,000) untuk sebiji burger dinamakan sebagai The Golden Boy.



Itu harga yang perlu dibayar bagi mereka yang berkeinginan merasai burger termahal di dunia.

Burger berkenaan dibuat menggunakan 100 peratus daging wagyu, kaviar Beluga, ketam gergasi dan pelbagai bahan premium menjadikan harganya melambung.

Menu berkenaan dicipta Robbert Jan de Veen yang juga pemilik restoran Dutch De Daltons.

Dia kemudian melayari internet dan menemui artikel berkaitan burger termahal sebelum ini dengan harga AS$5,000 (kira-kira RM24,000) yang dibuat di sebuah restoran pada 2011.



Ia dilihat sebagai sesuatu yang menarik untuk dicuba, sebelum dia membuat keputusan untuk menawarkan burger lebih mahal daripada itu.

Burger yang dihasilkan juga hanya memfokuskan untuk dihabiskan seorang saja, berbanding jumlah yang ramai seperti sebelum ini.

Burger termahal sebelum ini dihasilkan dengan berat 350 kilogram (kg) yang mengandungi daging dan pelbagai bahan lain.

“Saya berfikir untuk menghasilkan burger termahal tapi hanya untuk dimakan seorang individu saja.



“Itu memperlihatkan burger yang dihasilkan paling mahal,” katanya.

Katanya, sepanjang pandemik, operasi restorannya terhenti seketika sehingga di menjadi tertekan.

“Saya berasa tertekan dengan keadaan ini dan apa yang akan berlaku dengan industri restoran selepas ini,” katanya kepada The National.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk mencipta burger termahal di dunia dan semua hasil jualan disumbangkan kepada pihak yang terjejas akibat pandemik berkenaan.



Selepas pelbagai cubaan dibuat, dia bagi menghasilkan resipi terbaik dengan kombinasi yang sesuai untuk membolehkan burger itu menjadi burger termahal di dunia. HM

Burger paling mahal dalam dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker