Kes adik Bella, Syed Azmi akhirnya bersuara

Kes adik Bella, Syed Azmi akhirnya bersuara

Aktivis kanak-kanak yang Syed Azmi Alhabshi tampil bersuara dan memberikan penjelasannya berhubung kes melibatkan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali Bella di Rumah Bonda.

Penasihat rumah kebajikan itu mempunyai alasan tersendiri apabila memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu ketika kes itu mula menjadi perhatian umum.

“Ramai sebenarnya nak tanya atau nak saya jawab pelbagai bentuk soalan mengenai kes penderaan Bella. Bella dijumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderaan ke atasnya dalam rumah kawan saya.

“Dia dijumpai oleh pelapor yang memaklumkan saya melalui video dan panggilan telefon dan yang saya bagitau ialah untuk bawa ke hospital. SCAN team di hospital diaktifkan dan rawatan, pemulihan dan perlindungan Bella dijalankan. Bella selamat.

“Now, apa sebenarnya berlaku pada Bella? Ini yang saya faham #justiceforbella dan saya pun nak tahu. Kemudian saya senyap. Adakah pemilihan saya untuk senyap ini yang paling tepat. Bergantung pada siapa yang saya tanya. Ada yang setuju dan ada yang tidak,” ujarnya.

Kisah adik Bella yang seorang anak istimewa yang dipercayai menjadi mangsa dera kini meruntun hati rakyat Malaysia.

Semalam, Rumah Bonda disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata, tindakan sita tersebut diambil setelah pihaknya mendapat Rumah Bonda tidak berdaftar dengan JKM.

“Kita telah ambil langkah proaktif yang mana kita mendapati Rumah Bonda ini telah melakukan pelanggaran syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai sebuah pusat jagaan.

“Tindakan sita ini kekal sehinggalah adanya perintah mahkamah untuk membukanya semula,” katanya

Syed Azmi menambah, terdapat beberapa perkara yang bermain di fikirannya ketika itu termasuklah isu keselamatan penghuni kanak-kanak lain serta keadaan semasa melibatkan jangkitan Covid-19.

“Waktu Bella disahkan sebagai kes yang memerlukan perlindungan, ada beberapa perkara yang saya perlu lihat iaitu keselamatan kanak-kanak lain. Sama ada di kediaman peribadi mahu pun di Rumah Bonda.

“Kedua-dua kediaman ini terkena wabak Covid-19 pada waktu ini. Ada yang negatif dan ada yang masuk hospital. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha menyaring dan merawat kesemua penghuni, sukarelawan dan kanak-kanak.

“Kawan saya yang merupakan penjaga utama penghuni dan anak-anak jagaannya juga berada di hospital dan dia adalah orang utama penghubung antara penghuni dan juga ibu bapa mereka.

“Waktu ini laporan polis sudah dibuat dan yang saya utamakan rawatan bagi semua penghuni yang terjebak dengan Covid-19. Mana yang boleh balik, kita minta balik. Apa-apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu, kita berikan,” ujarnya lagi.

Menurut Syed Azmi, dia memang rakan kepada penjaga Bella dan mengakui ada bertanya mengenai hal itu.

Luahnya lagi, dia turut sedih akan apa yang berlaku dan terpinga-pinga apabila dimaklumkan kejadian itu berlaku dalam kediaman rakannya.

“Saya memberitahu penjaga Bella apabila keadaan kesihatannya tidak lagi kritikal dan beberapa hari sebelum dia boleh discaj dari hospital mengenai laporan polis dan tuduhan terhadapnya.

“Ya saya memang kawan beliau tapi saya juga tahu apa yang berlaku apabila ada kes berkaitan penderaan secara amnya. Adakah saya bertanya? Yes. Dia bagitau jawapan dan saya minta dia tenang dan beri semua keterangan pada polis.

“Apa perasaan saya waktu itu? Penderaan yang berlaku pada Bella memang sedih. Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadannya sahaja tanpa gambar pun saya sudah faham.

“Berlaku dalam rumah kawan saya sendiri, membuatkan lagi saya rasa terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya. Soalan-soalan macam siapa, bila, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah Covid-19,” jelasnya. MG

Kes adik Bella, Syed Azmi akhirnya bersuara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jumpa wanita 2 pagi bincang perkara sulit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker