Bunuh bapa saudara sebab sering berleter

Bunuh bapa saudara sebab sering berleter

TANGKAK: Seorang bekas banduan tergamak membunuh bapa saudara sendiri hanya kerana sering dinasihati supaya lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri.

Dalam kejadian di Kampung Serom 3 dekat Sungai Mati di sini, jam 11.15 pagi tadi, mangsa berusia 72 tahun meninggal dunia dalam ambulans ketika dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sungai Mati.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di muka dan kepala serta badan akibat ditikam dengan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat, berkata suspek berusia 36 tahun itu didapati menikam mangsa menggunakan pisau sepanjang 27 sentimeter yang diambil dalam rumah ketika kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa kerap menasihati suspek agar bekerja dan bertanggung jawab terhadap diri sendiri.

Kesan tompokan darah mangsa di luar kediamannya di Kampung Serom 3 di Sungai Mati, Tangkak. – NSTP/Ahmad Ismail
Kesan tompokan darah mangsa di luar kediamannya di Kampung Serom 3 di Sungai Mati, Tangkak. – NSTP/Ahmad Ismail
“Suspek menetap bersama mangsa sejak kecil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Fadhil berkata, ketika kejadian ada tiga lagi individu saudara terdekat kedua-duanya namun tidak mampu berbuat apa-apa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis menunggu keputusan laporan bedah siasat,” katanya

Beliau berkata, berdasarkan semakan, suspek turut mempunyai enam rekod jenayah lampau antaranya berkaitan dadah, cabul dan kekerasan jenayah.

“Suspek yang juga penganggur baharu dibebaskan dari menjalani hukuman penjara pada Januari lalu.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya. BH

Bunuh bapa saudara sebab sering berleter


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker