Tengku Zafrul bakal calon Lembah Pantai?

Tengku Zafrul bakal calon Lembah Pantai?

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mempersoalkan kehadiran Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di sebuah masjid di Jalan Pantai Baru di sini bagi mengagihkan bantuan.

Pemimpin DAP bertanya jika Tengku Zafrul sedang membuat persiapan untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Wow Tengku Zafrul nak jadi calon di Lembah Pantai ke?” soalnya mengusik di Twitter hari ini.

Ciapan itu melampirkan gambar Tengku Zafrul yang mengagihkan sumbangan bakul makanan di kawasan berkenaan.

Beliau turut menandanya hantaran itu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Sejak diwujudkan tahun 1984, kerusi Parlimen Lembah Pantai secara tradisinya disandang UMNO sehinggalah PRU-12 apabila Nurul Izzah Anwar daripada PKR membuat kemunculan pertama dalam pilihan raya dan mengalahkan penyandang kerusi itu selama tiga penggal, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Menerusi tangkap layar hantaran Instagram yang dikongsi Hannah, Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk program bakul makanan yang memanfaatkan lebih 430,000 keluarga.

Dalam ciapan sama, beliau turut bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun mengapa masjid dan surau di Segambut tidak mendapat sumbangan yang sama.

“Mana perginya (dana) bakul RM50 juta ini? Kami tak nampak pun di Kuala Lumpur,” katanya yang turut menanda ahli Parlimen PH di Kuala Lumpur lain iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawanga), Lim Lip Eng (Kepong), Teresa Kok (Seputeh) dan P. Prabakaran (Batu).

Sementara dalam hantaran Instagram tersebut, Tengku Zafrul berkata, program bakul makanan tersebut bukan baharu dan dana telah disalurkan kepada KPWKM sejak awal tahun ini.

Tambah Tengku Zafrul, Di bawah PEMULIH, kerajaan menyalurkan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen untuk program bakul makanan kepada golongan terjejas di kawasan mereka. MG

Tengku Zafrul bakal calon Lembah Pantai?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker