‘Kau punya sembang macam manifesto PRU14’, Hadi
‘Kau punya sembang macam manifesto PRU14’, Hadi jawab kritikan tak wajar terhadap kerajaan
PAS membidas golongan yang menghamburkan kritikan tidak wajar terhadap kerajaan dalam usahanya menangani wabak Covid-19, mengingatkan sehingga kini belum ada negara yang boleh mendabik dada dalam menghadapi penularan virus itu.
Presiden Abdul Hadi Awang menghentam golongan yang menguar-uarkan Malaysia sudah gagal menangani wabak Covid-19, mengatakan hanya mereka yang masih bermain politik akan membuat hal itu.
Hakikatnya, kata Hadi, ketika petugas barisan depan masih menghadapi keadaan paling mencabar, dunia dihadapkan pula dengan kemunculan varian baharu Covid-19 seperti varian Delta yang dikatakan lebih berbahaya.
“Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri telah memberikan amaran kepada semua negara supaya bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Hanya mereka yang masih gila ‘berpolitiking’ membuat kenyataan bahawa Malaysia sudah gagal menangani wabak Covid-19, seolah-olah mereka berada di planet lain bukan di alam bumi,” katanya di Facebook.
Hadi kesal golongan berkenaan menganggap Kementerian Kesihatan berpolitik dalam melaporkan statistik penularan wabak Covid-19, dan menghentam mereka yang mencabar pihak berkuasa yang sedang menangani wabak.
“Seperti orang buta memarahi orang yang menolongnya untuk menyeberangi jalan yang sibuk dan lalu lintas yang berbahaya,” katanya.
Hadi berkata keangkuhan golongan berkenaan terlalu tinggi, kerana bercakap seolah-olah mendabik dada ia mampu menyelesaikan masalah, “seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto PRU14”.
“Mereka masih ingin mengaku boleh menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata sahaja, sehingga sanggup merempuh keadaan paling mencabar yang masih dihadapi oleh mereka yang berada di barisan hadapan,” katanya.
Hadi mengingatkan beberapa buah negara telah mengisytiharkan darurat secara menyeluruh atau terhad kerana wabak semakin parah, dan menyeru semua pihak menolak kepentingan peribadi, puak, dan kumpulan, serta teruskan bermuafakat. FMT
‘Kau punya sembang macam manifesto PRU14’, Hadi
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu
- Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV
- Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO]
- Resepi Almond Nutella Cookies Rangup