Resepi Shell Out Yang Sangat Sedap!

 

Resepi Shell Out Yang Sangat Sedap!

Resepi Shell Out Yang Sangat Sedap!

Shell Out !

Wah dengar nama aje.. dah teruja kan..?


Shell Out satu fenomena dan menjadi tranding kini di kalangan pengemar makanan laut. Tak tahu darimana mulanya dan siapa yang memperkenalkan makanan ini ke negara kita.. apa yang pasti rata-rata ramai yang sukakan makanan yang ringkas dan di makan secara santai ini.

Ada juga suara-suara yang berbunyi.. macam tak berapa sopan aje cara penyediaan Shell Out ni.. mana taknya.. ianya di hidangkan di atas plastik dan di curah aje segala macam makanan laut dan di makan beramai-ramai ala-ala rewang gitu..

Makan beramai-ramai

Nasi Ambeng adalah contoh salah satu hidangan yang di hidangkan dan di makan secara beramai-ramai selain beriani dan nasi minyak bila pergi kenduri atau Maulidurasul. Sebenarnya makanan ramai-ramai dan berkongsi macam ni bagus dan ada kata ikut sunah nabi.. ianya bertujuan merapatkan silatulrahim di samping kita di ajar bersabar dan bertolak ansur terutamanya bila berhadapan dengan rezeki.

Memang sangat sedap dan sangat menyelerakan.. hingga  tersandar kekenyangan.. walaupun peluh merecik di dahi..

Sebenarnya dah lama nak cuba buat Shell Out sendiri. Kata orang kalau masak sendiri lebih muai. Ramai yang kongsikan resepi Shell Out ni.. tapi bila lihat pada bahan-bahannya.. buatkan tak berapa nak mencuba.

Melihat bahan-bahan yang di gunakan, dah dapat bayangkan betapa sedapnya lah aii.. pasti menjilat jari di buatnya.  Wow! tak sabar nak cuba kan..

 

Jom kita buat…

Tapi mula kenalah cari makanan laut dulu…

Ita guna semua makanan laut yang ita beli di perkampungan orang asli. Segar-segar semuanya baru turun dari bot. Harga pun berpatutan.. sambil membeli sambil kita membantu.. baru berkat rezeki tu kan..

Untuk resepi Shel Out ni.. anda boleh gunakan apa-apa sahaja makan laut yang anda suka. Ketam, udang, kupang, kerang, kepah, sotong, lala, remis, pepahat, isi ikan dan apa-apalah yang menepati citarasa.. tapi.. jangan lah campurkan ayam dan daging.. dah namanya Shell out kan…. mestilah makanan laut.. ye tak..!

Walaupun Suraya kata jangan tambah apa-apa lagi dah sebab resepi ni dah cukup complete! dari segi rasa, namun ita tetap nak ubah.. hihi ita lebihkan sedikit cili sebab nak makan sampai berasap telinga! lagi pedas lagi kaw!

Makanan Laut

  • Ketam
  • Udang
  • Kerang
  • Sotong
  • Lala
  • Pepahat
  • Remis
  • Kupang

Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa.

* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam.

Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.

Dah masak angkat dan ketepikan

Bahan Sayur-sayuran

  • Jagung manis ~ potong 3
  • Brocoli ~ di potong kecil
  • Kentang ~ potong wages atau belah 4
  • Carot ~ hiris bulat
  • Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah

Bahan A ~ di kisar

  • 20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
  • 2 labu bawang besar
  • 15 ulas bawang merah
  • 2 labu bawang putih ( 10 ulas )
  • 1 inc halia
  • 1 inc belacan
  • Dan 1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis

  • 6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
  • 6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
  • 1 inc halia ~ di hiris halus
  • 5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
  • 10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
  • 2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa

  • 3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Dan 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • garam dan gula secukup rasa
  1. Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
  2. Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
  3. Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
  4. Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
  5. Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
    Kemudian baru masukkan garam
  6. * berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
  7. Biarkan kuah merenih sebentar.
    Angkat dan masukkan dalam periuk lain
  8. Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
  9. Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
  10. Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
  11. Serta Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
  12. Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain.
  13. Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang.
  14. Yang lain ita tak letak sayur.
  15. Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.

Lawankan hidangan Shell Out dengan nasi Mediterranean ( Mediterranean Butter Rice ) ala-ala Nandos yang di sediakan oleh anak bujang ita Azrul. Sedap nasi ni memang kena pulak di gandingkan dengan Shell Out yang di sediakan.

MEDITERRANEAN BUTTER RICE

  • 4 cawan beras
  • 1 sudu besar besar butter
  • 1 cawan mix vege ( karot, jagung, kacang pea )
  • garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk menanak nasi
  1. Cuci beras bersih
  2. Masukkan beras, air secukupnya untuk menanak nasi, butter, mix vege dan garam secukupnya ke dalam periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
  3. Bila dah masak, gemburkan dengan chopstik
  4. Sedia di hidangkan

Apa tunggu lagi…
Jom kita menjamu selera..
Sebelum makan jangan lupa baca doa.. agar berkat rezeki kita untuk hari ini…
Amin….

Resepi Shell Out Yang Sangat Sedap!

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi gulai daging batang pisang

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker