Rawatan pesakit luar HTAR ditutup, fokus Covid-19

Sebaran :

Rawatan pesakit luar HTAR ditutup, fokus Covid-19

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang menutup sepenuhnya perkhidmatan rawatan pesakit luar bermula semalam.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, perkhidmatan lain yang turut terjejas termasuk rawatan klinik pakar pesakit luar, fisioterapi dan pemulihan cara kerja.

Beliau berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan menghadapi pengurusan Covid-19.



“Pesakit yang mempunyai janji temu di klinik pakar dinasihatkan tidak hadir ke hospital sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan.

Zulkarnain berkata, pihak hospital akan memberikan tarikh dan masa baharu janji temu klinik pakar serta pengambilan ubat di farmasi kepada pesakit melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Sehubungan itu katanya, pegawai perubatan akan dipertanggungjawabkan memantau dan menyusun semula janji temu pesakit, termasuk pemberian preskripsi baharu kepada pesakit yang kehabisan ubat.

“Pesakit dinasihatkan peka dengan notifikasi melalui SMS supaya tidak terlepas janji temu dan terputus bekalan ubat-ubatan sepanjang penutupan perkhidmatan ini. FMT



Rawatan pesakit luar HTAR ditutup, fokus Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah


Sebaran :

Leave a Reply