Euro2020 : England didenda UEFA angkara pancaran laser

Euro2020 : England didenda UEFA angkara pancaran laser

LAUSANNE: Persatuan Bolasepak England (FA) didenda 30,000 euro (RM149,000) oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) selepas laser dipancar ke arah penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel pada aksi separuh akhir, Khamis lalu.

FA turut didenda atas kesalahan ‘gangguan ketika lagu kebangsaan dan nyalaan bunga api’ oleh penyokong England di Wembley dengan ada dalam kalangan mereka yang mengejek lagu kebangsaan Denmark.

Foto menerusi media British menunjukkan laser dipancar ke muka Schmeichel sebelum sepakan penalti pada masa tambahan yang diselamatkan penjaga gol Leicester itu namun bola muntah berjaya dirembat masuk oleh Harry Kane.

“Saya tidak perasan semasa sepakan penalti ia di belakang saya di sebelah kanan.

“Tetapi saya perasan mengenainya pada separuh masa kedua. Saya memberitahu pengadil dan dia keluar sebelum memberitahu salah seorang penjaga garisan.”

Terdahulu, UEFA mengesahkan tindakan akan dikenakan ke atas England. -Agensi

Euro2020 : England didenda UEFA angkara pancaran laser


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker