Covid-19 : 9105 kes baharu hari ini

Covid-19 : 9105 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan melaporkan 9,105 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 836,296 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi di seluruh negara, dengan 4,682 kes.

Ini adalah hari. Ketiga berturut-turut kes melepasi angka 9000.

Menurut Dr.Noor Hisham, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini, mulai stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi

Beliau berkata dengan proses vaksinasi yang giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini, mampu melandaikan semula keluk jangkitan wabak itu.

Katanya, lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

Covid-19 : 9105 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker