Chicken Chop With Blackpepper Sauce

Chicken Chop With Blackpepper Sauce

Ramai yang suka makan western food ini. Tak perlu lagi pergi kedai nak makan. Buat saja di rumah. Jom kita masak…

Bahan bahan

2 keping chicken thighs
Tepung gandum
2 biji telur – pukul ringan
70 gram breadcrumbs
Minyak masak secukupnya

Bahan perap:

1 ½ sudu besar kicap cair
1 sudu besar Knorr Pasti Sedap
Black pepper kisar kasar secukupnya

Perap ayam dengan bahan perap selama 3 jam atau semalaman. Keluarkan dan lap kering dengan kertas tuala dapur.

Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung. Celup ke dalam telur dan golek ke dalam serbuk roti.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kedua dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.

Sos Lada Hitam

Bahan bahan:

2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Holland – potong dadu
1 ½ sudu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam Knorr
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 cawan air
1 ½ sudu besar lada hitam kisar kasar
½ sudu besar kicap pekat
Garam – jika perlu

Cara cara:

Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.

Masukkan kiub pati ayam, sos cili, sos tomato dan 2 cawan air.

Masukkan lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata. Angkat dan masukkan ke dalam blender dan kisar halus.

Tuang semula sos yang dikisar ke dalam kuali dan kacau seketika sahaja kerana kuah akan menjadi pekat.

Angkat dan tutup api.

Nota:

Untuk menggoreng chicken chop, pastikan minyak telah betul betul panas. Bila ayam telah berubah keperangan, perlahankan api supaya ayam masak sekata. Ia juga bagi memastikan ayam tidak hangus tapi di dalam masih ada bahagian yang mentah.

Untuk memudahkan mencelup ayam dalam telur, gunakan bekas yang leper. Adunan telur akan spread. Bekas leper juga memudahkan untuk membuang lebihan adunan. Pastikan adunan salut nipis sahaja.

Bila mencelup basah ke dalam adunan tepung, kena tekan tekan sedikit supaya ianya melekat pada ayam dengan sempurna.
Azie Kitchen

Chicken Chop With Blackpepper Sauce


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Ayam Masak Thai Mengancam Sedapnya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker