Resepi Maggi Kuah Manchester

    Resepi Maggi Kuah Manchester

 Resepi Maggi Kuah Manchester

Bahan Resepi Maggi Kuah Manchester

  • satu bungkus maggi kari
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar cili giling
  • 4 ulas bawang merah (dihiris kecil)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 200 gram udang
  • 200 gram isi ayam (dipotong dadu)
  • 150 gram bebola ikan (optional)
  • lada hitam (secukup rasa)
  • sos cili (1-2 sudu besar)
  • 1 sudu kicap manis
  • ½ batang carrot (sederhana besar)
  • sedikit kobis (dihiris)
  • sedikit bunga kobis
  • sebiji tomato (dipotong empat)
  • sepokok sawi (dipotong)
  • sebiji cili merah (dihiris)
  • sebiji telur
  • bawang goreng (jika suka)

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing. Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Selepas itu masukkan ayam dan seketika itu masukkan udang atau bebola ikan. Tambah 2 cawan air dan tutup dengan penutup sampai mendidih.

Kemudian perlahankan api, masukkan sebungkus perencah maggi kari, sos cili, lada hitam dan kicap manis. Masukkan kobis dan bunga kobis dan pecahkan telur. Bila telur dah agak masak, masukkan maggi dan sawi yg telah dihiris. Akhir sekali masukkan tomato. Angkat dan hidang dengan hirisan cili dan bawang goreng.

Resepi Maggi Kuah Manchester


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Pasta Seafood (Marinara)

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker