Parkir Hospital ATM diubah suai jadi wad

Parkir Hospital ATM diubah suai jadi wad

Parkir hospital ATM direka khas boleh ubah suai jadi wad

Kini parkir tingkat bawah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di Kuala Lumpur diubah menjadi wad pesakit Covid-19.

Pun begitu parkir hospital itu memang direka bentuk untuk fungsi kecemasan dan pada 8 Julai lalu bertukar menjadi Zon Pengurusan Bencana (DMZ) serta mula menerima pesakit hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Affendi Buang, menjelaskan DMZ bertujuan menampung pesakit Covid-19 tahap 4 dan 5 di Lembah Klang.

“Ruang itu direka khas semasa awal pembinaan hospital berkenaan bagi menghadapi kes bencana kimia dan biologi.

“DMZ juga disokong dengan faktor kemudahan sedia ada yang terbina di ruang parkir itu daripada aspek bekalan kuasa elektrik, bekalan oksigen, ‘vacuum ports’ dan bantuan sokongan perubatan lain yang mampu mengendalikan pesakit dengan kapasiti yang bersesuaian,” katanya.

Affendi berkata DMZ mempunyai kapasiti 50 katil tambahan bawah kendalian Pegawai Memerintah hospital itu, Brigedier Jeneral Dr Rosman Ab Rahman dan Leftenan Kolonel Dr Mohamad Azlan Arrifin sebagai Komander Operasi DMZ.

Semalam, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata hospital itu akan mula menerima pesakit Covid-19 untuk meringankan beban hospital awam di Lembah Klang yang sedang berjuang dengan lonjakan kes di wilayah itu.

Angkatan Tentera Malaysia juga mendirikan hospital medan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang selepas hospital itu terpaksa meletakkan beberapa pesakit di atas katil kanvas di luar jabatan kecemasannya kerana kekurangan ruang. Mk

Parkir Hospital ATM diubah suai jadi wad


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker