Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Ekonomi Malaysia tak pulih, tapi semakin tenat, kata pakar

Pakar ekonomi, Muhammed Abdul Khalid mempertikaikan kenyataan Putrajaya yang ekonomi negara semakin pulih, sedangkan hakikatnya keadaan semakin tenat dengan kadar kemiskinan terus meningkat.

“Saiz ekonomi kita sudah ke belakang menguncup.

“Ekonomi tidak pulih, malah bagi sesetengah negeri, kuncupan itu lebih banyak, lagi teruk keluaran dalam negara kasar (KDNK) perkapitanya seperti Sabah dan Terengganu.

“Sabah sudah ke belakang lima tahun dan Terengganu empat tahun,” katanya dalam Forum “Jom Kita Tanya” yang disiarkan di Facebook.

Muhammed berkata, kadar pengangguran juga semakin tinggi berbanding 2019, peningkatan sebanyak 46%, dengan rakyat sedang menghadapi risiko diberhentikan kerja.

“Kepimpinan harus tunjuk teladan, bukannya membazir duit dengan tambah menteri kanan. Ini akan selesaikan (masalah) ekonomi ke?” soalnya.

Beliau menyarankan kerajaan membantu rakyat melalui pemberian subsidi upah kepada syarikat supaya majikan “boleh bernafas” serta memberikan bantuan sebanyak RM1,200 sebulan selama tiga atau enam bulan kepada golongan B40 dan M40.

Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azmin kena kecam di FB Menteri Austria

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker